PBM pertimbang beri jawatan penting kepada Zuraida
Iklan
Parti itu berpendapat bahawa Zuraida perlu diberikan jawatan yang sesuai dengan tarafnya kerana beliau merupakan Sebagai seorang figura politik tempatan terkemuka dan dihormati.
SHAH ALAM - Parti Bangsa Malaysia (PBM) mengalu-alukan penyertaan, Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin ke dalam parti itu dan bakal mempertimbangkan pemberian jawatan penting kepada beliau.
Timbalan Presidennya, Haniza Talha berkata, susulan pendirian terkini Zuraida untuk menyertai PBM dalam masa terdekat, kepimpinan tertinggi parti akan membincangkan status keahlian dan kedudukan beliau dalam mesyuarat biro politik akan datang.