Gadai gelang emas nak bayar RM5,000 urus jenazah
Iklan
SHAH ALAM - Terpaksa menjual gelang emas! Itu pengalaman yang dikongsi seorang wanita, Ayuni Ahmad bagi membayar kos keseluruhan pengurusan jenazah datuknya yang dikenakan harga lebih RM5,000.
Berlaku pada tahun lepas Ayuni berkata, setelah datuknya meninggal dunia akibat Covid-19 di sebuah hospital di pantai timur, dia diminta oleh pihak berkenaan untuk membayar kos pengurusan jenazah Allahyarham.