Potensi bangun air bawah tanah
Iklan
PERSPEKTIF
SUMBER air bawah tanah ialah air yang terdapat dalam lapisan akuifer bawah tanah iaitu terbentuk secara geologikal melalui batu, pasir dan kerikil yang menampung air dalam kuantiti yang banyak.
Potensi air bawah tanah adalah lebih tinggi berbanding potensi air permukaan merangkumi air sungai, takungan tasik dan empangan yang mana lebih dari 95 peratus air tawar dunia yang boleh dibangunkan adalah air bawah tanah.