Perjuangan bahasa
Iklan
‘GUNALAH bahasa kita!’ Perjuangan bahasa biasanya difahami sebagai usaha dan kejayaan dalam memaksimumkan penggunaannya. Persoalannya, bagaimana? Di sini, kita perlu teliti dua konsep yang rapat tetapi berbeza daripada ‘penggunaan’, yakni ‘kebergunaan’ dan ‘kebolehgunaan’.
Secara ringkasnya, sesuatu bahasa itu akan luas ‘digunakan’ apabila ia ‘berguna’ kepada pengguna (penutur) bahasa itu dan bahasa menjadi ‘berguna’ jika ia ‘boleh digunakan’ bagi tujuan yang ingin dicapai oleh pengguna bahasa. Terdapat dua pendekatan untuk memajukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kita.