Wan Saiful serah kepada PM pengganti paling layak
Iklan
Bersatu serah empat nama kepada PM bagi mengisi portfolio Zuraida
SHAH ALAM - Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan, menyerahkan kepada kuasa budi bicara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menentukan siapakah calon paling layak dilantik sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi baharu bagi menggantikan Datuk Zuraida Kamaruddin.
Wan Saiful yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), menegaskan keempat-empat calon dikemukakan oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah berpengalaman dan layak memegang jawatan sebagai anggota Kabinet di bawah pimpinan Ismail Sabri.