Tahun ini masa terbaik adakan PRU15
Iklan
Faktor ekonomi tidak boleh lagi dijadikan alasan tangguh pilihan raya
SHAH ALAM - Para penganalisis politik berpandangan tahun ini adalah masa terbaik untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) memandangkan mood rakyat ketika ini sangat baik kerana banyak tuntutan mereka telah dipenuhi kerajaan.
Penganalisis Politik daripada Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, faktor ekonomi tidak lagi boleh dijadikan alasan menangguhkan pilihan raya memandangkan ia adalah masalah global yang mengambil masa untuk pulih.