Wujudkan pangkalan data dinamik B40
Iklan
Pakar cadang kerajaan guna mekanisme bantu rakyat selepas subsidi ternakan ayam dihenti
SHAH ALAM - Pakar ekonomi mencadangkan kerajaan mewujudkan pangkalan data B40 yang bersifat dinamik untuk memastikan bantuan yang mahu disalurkan benar-benar sampai kepada golongan sasaran.
Felo Akademi Sains Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma berkata, teknologi komunikasi dan maklumat perlu digunakan bagi memastikan pangkalan data itu sentiasa dikemaskini setiap masa.