PPIM sukar bantu mangsa terjerat modus operandi baharu
Iklan
SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ada menerima aduan berkaitan modus operandi terbaharu pemberi pinjam wang tidak berlesen atau ah long iaitu menggunakan aplikasi.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, aplikasi tersebut mempermudahkan ah long mendapatkan akses secara terus kepada nombor kenalan peminjam yang dijadikan sebagai jaminan sekiranya gagal melunaskan bayaran ditetapkan.