Ramai wanita mula ceburi pekerjaan lelaki di Arab Saudi
Iklan
SEJAK pemerintahan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz dan anakandanya Putera Mohammed Bin Salman menjadi Putera Mahkota, wanita-wanita di negara berkenaan telah dibenarkan melakukan apa yang mereka tidak pernah lakukan sejak berdekad-dekad lalu.
Ketika pemerintahan Raja Salman dan anakandanya itu, negara beraja itu 'memahat' sejarah apabila buat pertama kalinya golongan Hawa dibenarkan memandu kenderaan bermula pada bulan Jun 2018 sehingga kini.