Khemah besar Tun M tanpa Muhyiddin, Anwar hanya 'cakap kosong'
Iklan
Parti komponen PN dan PH tidak mungkin sertai khemah besar tanpa Anwar dan Muhyiddin
IDEA bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu membentuk jajaran baharu politik atau 'khemah besar' tanpa pembabitan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Muhyiddin Yassin memang mampu direalisasikan.
Bagaimanapun, sejauh mana kekuatan dan keupayaan gabungan khemah besar berkenaan untuk menewaskan gagasan politik sedia ada terutama Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) jika berlaku pertembungan banyak penjuru dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sukar diramal.