'Saya tanya angkasawan kedua nak buat apa?'
Kalau nak repeat apa yang Sheikh Muszaphar dah buat, tak guna. Kita mesti ada rasional dan justifikasi lain kata Tan Sri Mazlan Othman
[WAWANCARA EKSKLUSIF] Beliau merupakan ahli astrofizik pertama di Malaysia dan kini memegang jawatan sebagai Felo Kanan Akademi Sains Malaysia (ASM). Ketika menjadi Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (Angkasa), Profesor Emeritus Tan Sri Mazlan Othman merupakan antara individu penting yang berperanan menjayakan program menghantar rakyat Malaysia pertama ke angkasa iaitu Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor pada 2007.
Beliau berpandangan, program angkasawan kedua negara perlu mempunyai justifikasi khas dan tidak sama sekali menyamai program terdahulu bagi memastikan sesuatu projek sains diiktiraf Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Ikuti perkongsian dan pandangan beliau bersama Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar dalam program Bersama Johan Jaaffar yang berlangsung di Kompleks Karangkraf baru-baru ini.