GAZA - Tular klip video memaparkan dua anak kecil menangis ketika bapa mereka mengucapkan selamat tinggal sebelum pergi berjihad untuk bangsa dan negara.
Menerusi rakaman dimuat naik di Instagram Jentik Hati, lelaki yang berkerusi roda berulang kali dipeluk dua anaknya lelaki dan perempuan sambil menangis seolah-olah tidak sanggup melepaskan bapa mereka pergi.
"Tidak apa-apa wahai putriku, ayah pergi bertemu ALLAH, ayah pergi ke syurga, Insya-ALLAH.
"Jagalah ibumu ya? Lihat ayah, jangan menangis," kata bapa memujuk anak perempuannya.
Posting itu membuatkan netizen mengagumi pengorbanan lelaki itu yang nekad mempertahankan bangsa dan agamanya.
Kata @oeyzrashid,"Semoga para jihad semua dilindungi oleh ALLAH SWT... Aamiin."
"Allahuakbar, rahmat kasih sayang ALLAH SWT, syurga mu ya ALLAH," tulis @mawa.sakinah.
Sehingga kini, video yang tular di laman sosial itu meraih lebih 152,766 tontonan.