Kedaulatan raja dan negara
Iklan
MASIH belum terlambat untuk kita semua merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucapan"Dirgahayu Tuanku” kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda pada Isnin lalu.
Memandangkan negara masih dalam suasana sambutan ulang tahun tersebut, ada baiknya kita mendalami dan menghayati tentang kedaulatan raja dan kewibawaannya dalam konteks bernegara. Hal ini bukan sahaja penting bagi memahami kedudukan serta fungsi raja itu dalam pemerintahan dan pentadbiran, malah dihidupkan sebagai suatu pengukuhan roh kewarganegaraan yang taat, setia dan bertanggungjawab.