Lantikan pegawai kerajaan dalam GLC perlu ada peraturan jelas
Iklan
SHAH ALAM - Kerajaan digesa menjelaskan lebih lanjut mengenai peraturan yang perlu dipatuhi apabila pegawai kerajaan dilantik sebagai ahli lembaga penasihat syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Pakar ekonomi, Dr Nungsari Ahmad Radhi berkata, ia kerana dasar dan sistem kawal selia sedia ada semuanya masih tidak jelas.