Bapa Zulfarhan tak setuju hukuman mati mandatori dimansuh
Iklan
SHAH ALAM - Bapa mangsa pembunuhan tragis Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tidak bersetuju hukuman mati mandatori dimansuhkan sepenuhnya.
Zulkarnain Idros, 58, berkata, hukuman mati mandatori adalah simbol keadilan kepada keluarga mangsa yang diperlakukan dengan kejam.
"Nyawa dibalas dengan nyawa jika mereka terbukti bersalah. Jika mereka berani buat, maka mereka juga harus berani menanggung risiko,” katanya kepada Sinar Premium.