Sengsara anak tak sah taraf
Iklan
Timbul konflik psikologi hingga bawa kepada gangguan emosi dan mental.
SHAH ALAM - Anak tidak sah taraf (ATST) di negara ini mula berdepan dengan cabaran krisis identiti seawal usia remaja.
Pakar Perunding Kaunselor Kekeluargaan dan Perkahwinan, Hushim Salleh berkata, golongan itu akan mula mempersoalkan status dirinya dalam keluarga hingga timbul konflik dari segi psikologi.