Merebut peluang pembaharuan negara

Iklan
Prasarana perubatan UKM menjadi lokasi penyembuhan dan juga kesedihan kepada keluarga saya serta beribu lagi rakyat Malaysia terutama ketika kemuncak Covid-19.

PERTAMA kali saya bekerja dengan kumpulan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2009 adalah ketika menghasilkan buku dwibahasa sempena Pertabalan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Sejak itu, saya telah menyertai Konsert Diraja UKM sebanyak sembilan kali, bermain skuasy dan tenis bersama pelajar serta menembak bersama pegawai beruniform UKM. Bersama Institute of Malaysian and International Studies (IKMAS) pula, saya telah berucap di pelbagai forum; terinspirasi oleh lapan kohort ASEAN Youth Volunteer Programme; mempelajari banyak perkara daripada keindahan alam yang menakjubkan di Pusat Penyelidikan Langkawi milik UKM; serta mendapat pencerahan daripada siri Syarahan Canselor.

Prasarana perubatan UKM - diwakili oleh Hospital Canselor Tuanku Muhriz dan hospital kanak-kanak baharu, Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani - telah menjadi lokasi penyembuhan dan juga kesedihan kepada keluarga saya serta beribu lagi rakyat Malaysia, terutamanya ketika kemuncak Covid-19 iaitu sewaktu Dana Kecemasan Hospital IDEAS membantu membekalkan peralatan perubatan.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Artikel Tanpa Had Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan dengan
Log Masuk atau Daftar Akaun untuk membaca artikel ini.