Perkhidmatan jadi lambat, restoran ditutup awal
Iklan
SHAH ALAM - Masalah kekurangan pekerja asing disebabkan kadar kemasukan yang rendah memberi kesan besar kepada operasi restoran mamak.
Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, antara kesannya menyebabkan layanan terhadap pelanggan menjadi lambat dan restoran tidak dapat beroperasi sehingga 24 jam.