Pasaran dunia menjunam, tempias sampai ke Malaysia
Iklan
Pakar menjangkakan senario terkini bursa tempatan yang turut berdepan trend jualan saham secara besar-besaran, tidak mustahil mendorong Bank Negara Malaysia untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR)
PADA Isnin, negara dikejutkan dengan fenomena pasaran saham menjunam sekali lagi di seluruh dunia, dengan bursa utama Amerika Syarikat (AS), Wall Street secara rasmi terjerumus ke dalam pasaran penurunan.
Media antarabangsa, AFP melaporkan pasaran global bergolak selepas data harga pengguna terkini AS menunjukkan nilai bitcoin jatuh pada paras terendah dalam tempoh 18 bulan.