Pusat khidmat MP Johor Bahru dibaling cat merah, bangkai ayam

Iklan
Tompokan cat merah dan juga bangkai ayam yang kelihatan di pusat khidmat berkenaan. (Gambar kecil: Akmal Nasir)

JOHOR BAHRU - Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru di Taman Larkin Idaman di sini dibaling cat merah dan bangkai ayam dipercayai berlaku malam tadi.

Ahli Parlimennya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, perkara berkenaan mula disedari pihaknya apabila salah seorang kakitangan pusat khidmat itu mahu membuka premis berkenaan kira-kira jam 7.20 pagi hari ini.

Iklan
Iklan

"Saya dimaklumkan oleh staf saya yang pusat khidmat telah disimbah cat merah selain diletakkan satu bangkai ayam di hadapan pintu masuk.

Akmal Nasrullah atau lebih dikenali sebagai Akmal Nasir yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, susulan itu satu laporan dibuat di Balai Polis Johor Bahru Sentral sebagai langkah keselamatan.

Iklan
Iklan

"Saya serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan,” katanya.