KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) memohon maaf dan bertanggungjawab sepenuhnya berhubung kesilapan memaparkan bendera Malaysia dengan lima bintang ketika perasmian Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28 semalam.
Bendera Malaysia dengan lima bintang itu dipaparkan menerusi klip video bersama logo Westport ketika nyanyian lagu Negaraku.
"Semasa majlis perasmian itu, pasukan penyiaran kami secara tidak sengaja mempamerkan bendera Malaysia yang salah di skrin TV stadium kami.
Sejak malam tadi video berdurasi 1 minit 42 saat itu tular di media sosial.
Netizen mengecam tindakan penganjur dan mendesak MABA dikenakan tindakan sewajarnya kerana tidak peka dengan sensitiviti.
Sementara itu, memetik laporan Malaysia Gazette, Westports Holdings Berhad (Westport) masih menunggu penjelasan daripada MABA dan kontraktor yang terlibat berhubung paparan klip video bendera Malaysia dengan lima bintang.
Pengarah Urusan Westport, Datuk Ruben Gnanalingam berkata, syarikat itu menyedari mengenai kesilapan tersebut.
Westport adalah antara penaja rasmi Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28 yang berlangsung dari 25 November hingga 1 Disember ini.