Tidak semua pelarian Rohingya di Melaka daftar UNCHR

Iklan

MELAKA TENGAH - Tidak semua pelarian Rohingya di Melaka berdaftar dengan Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkata, Melaka mempunyai kira-kira 5,000 pelarian dan Majlis Rohingya Malaysia (MRM) negeri membantu mengumpul maklumat setiap pelarian Rohingya supaya mereka berdaftar dengan UNCHR.

Iklan
Iklan

"MRM bergerak dari rumah ke rumah untuk mengumpul data pelarian dan mewakili masyarakat Rohingya untuk berurusan dengan pihak kerajaan serta agensi antarabangsa.

"Menurut UNHCR terdapat seramai 2,139 orang pelarian yang berdaftar dengan badan antarabangsa itu di negeri ini,” katanya pada Sidang Dewan undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Iklan

Adly (Amanah-Bukit Katil) berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Damian Yeo Shen Li (DAP-Duyong) mengenai jumlah pelarian Rohingya di negeri ini dan langkah yang diambil kerajaan negeri bagai menangani masalah sosial dalam kalangan pelarian tersebut termasuk masalah kebersihan ketenteraman awam.

Menurutnya, antara langkah yang diambil kerajaan negeri bagi menangani masalah sosial pelarian Rohingya yang datang ke negeri ini adalah dengan mewujudkan kawasan berkelompok khas untuk mereka iaitu di Tanjung Minyak.

Iklan

"Kerajaan negeri turut menyediakan lokasi dan sukatan pelajaran khas kepada anak-anak pelarian Rohingya berhubung ilmu akademik, keagamaan dan kemahiran asas seperti yang termaktub dalam Artikel 22 Konvensyen Pelarian 1951," katanya. - Bernama