Kerap pamer kemewahan di media sosial, rupa-rupanya.....

Iklan
Status akaun Instagram Vanessa beberapa jam sebelum dicekup polis Jawa Timur, kelmarin.

JAKARTA - INDONESIA . Percutian mewah dari Bali ke Dubai dan beg tangan mahal berharga puluhan ribu ringgit.

Itu antara sebahagian gambar yang sering dimuat naik artis jelita Indonesia, Vanessa Angel di akaun Instagramnya.

Iklan
Iklan

Kekerapan Vanessa mempamerkan kemewahan di laman sosial membangkitkan tanggapan bahawa beliau seorang artis berjaya.

Ini kerana selain berlakon, Vanessa juga adalah seorang model dan penyanyi serta sering mendapat tawaran sebagai pengacara.

Iklan

Namun, kemewahan Vanessa akhirnya terbongkar apabila beliau sebenarnya terbabit dalam pelacuran atas talian.

Ia membabitkan bayaran sebanyak Rp25 juta (RM7,238) dan Rp80 juta (RM23,164).

Iklan

Media tempatan melaporkan, Vanessa dan seorang lagi rakan artis hanya dikenali sebagai"AF” ditahan di Surabaya pada Sabtu selepas pihak polis mengesan berlakunya transaksi pembayaran untuk aktiviti itu.

Ketua Polis Jawa Timur, Arman Asmara dipetik berkata mereka yang ditahan ialah empat saksi, dua artis iaitu Vanessa dan"AF” dan tiga lagi yang dipercayai terbabit dalam urusan aktiviti itu.

"Kami melakukan siasatan melalui media sosial dan diketahui kegiatan itu dilakukan di sebuah hotel di Surabaya. Tarifnya yang satu Rp 80 juta, satu lagi Rp 25 juta,” kata Arman.

Sementara itu pengurus kepada artis berusia 27 tahun ini, Lidya berkata beliau tidak pernah mengetahui artis itu terbabit dalam aktiviti pelacuran dalam talian.

"Vanessa ke Surabaya untuk menjadi pengacara dalam satu majlis di sana,” katanya. - Agensi