'Saya reda, apa yang terjadi ada hikmah'- Sallehhuddin

Iklan
Laporan Sinar Harian berkaitan kes tender pertanian bernilai RM1.4 bilion sebelum ini. (Gambar kecil: Mohd Sallehhuddin)

PUTRAJAYA - Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian Industri Asas Tani (MOA), Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan berlapang dada menerima keputusan perpindahannya ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Mohd Sallehhuddin melalui kenyataan yang tersebar di media sosial itu juga reda dengan keputusan berkenaan dan berpuas hati dengan perkhidmatannya sepanjang lima tahun di MOA.

Iklan
Iklan

"Apa yang terjadi telah ditentukan ALLAH SWT. Saya tidak pernah kesal apatah lagi merasa penat dalam menyumbang khidmat bakti dan memberikan keseluruhan masa dan tenaga saya demi melaksanakan tanggung jawab.

"Apa yang terjadi adalah di atas kehendak-Nya dan ada hikmah di sebaliknya. Saya reda dan menerima keputusan ini dan mendoakan semoga agar sinar pencerahan," katanya dalam kenyataan itu.

Iklan

Melalui kenyataan itu juga, Sallehhuddin memaklumkan perkhidmatannya di MOA tamat pada Jumaat lalu.

"Saya telah memberikan yang terbaik bagi memastikan MOA menjadi satu kementerian yang dipandang tinggi dan ditadbir urus dengan baik selain bertanggungjawab menjamin keselamatan makanan, meningkatkan pendapatan negara," katanya.

Iklan

Sallahuddin memulakan tugas di MOA pada Februari 2014 sebagai Setiausaha Bahagian Pembangunan sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) pada Mei 2015.

Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat kepada Timbalan Ketua Setiausaha Dasar pada Februari 2016 dan KSU pada 2 Julai 2018.

Ahad lalu, seorang pemimpin Amanah yang juga Ahli Jemaah Nafas mendakwa Sallehhuddin mensabotaj Menteri MOA, Datuk Seri Salahuddin Ayub berhubung isu tender bernilai RM1.4 bilion.

Pemberian tender secara terus kepada Nafas menimbulkan polemik apabila Presiden MCA Wee Ka Siong meminta penjelasan menteri di Dewan Rakyat baru- baru ini.

Salahuddin mengakui beliau ada menulis surat kepada Perdana Menteri untuk mendapatkan sokongan agar tender tersebut diserahkan kepada Nafas.

ARTIKEL BERKAITAN Tender pertanian RM1.4 bilion bukan skandal, kata Salahuddin