BERITA baik buat ‘kaki game’ apabila Lenovo memperkenalkan Legion Mobile Truck, kenderaan yang dibina dengan kelengkapan penuh set gajet permainan dan menjelajah seluruh negara bermula Oktober lalu sehingga Disember ini.
Gamers yang bertuah berpeluang menaiki trak tersebut dan menjadi individu pertama merasai sendiri model keluaran terbaharu syarikat teknologi multinasional China, Lenovo Legion Y545 dan Y7000.
Pengurus Besar Lenovo Malaysia, Varinderjit Singh berkata, inovasi adalah jiwa Lenovo dan Legion Truck menjadi contoh sempurna bagi menterjemahkan kesungguhan pihaknya yang sentiasa membawakan teknologi baharu.
"Semua pemain game di seluruh Malaysia disarankan mencuba Lenovo Legion Y545 dan Y7000 yang baharu sekali gus membolehkan kami menambah baik produk untuk pengalaman lebih baik.
"Trak itu adalah satu-satunya di Malaysia dan berharap dapat menarik gamers untuk bersama mengembangkan lagi komuniti Legion dengan ganjaran menarik,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Tidak kira pemain profesional atau pun kasual, mereka boleh mempamerkan kemahiran masing-masing dalam The Surge 2, Gears 5 dan Doom melalui peranti pintar yang disediakan khas untuk mempertingkatkan prestasi permainan.
Vendor komputer peribadi terbesar di dunia itu turut menawarkan ganjaran gaming mouse atau papan kekunci percuma bagi setiap pembelian Legion T530 Gaming Tower dan Legion C530 Cube.
Semua pembeli juga berpeluang untuk memenangi hadiah utama berupa sebuah monitor Lenovo Legion Y44W dengan saiz 43.4 inci WLED panel HDR dan barangan edisi terhad lain.
ANEKDOT
SPESIFIKASI lain:
Lenovo Legion Y545
- Dilengkapi ciri pemproses Intel Core generasi ke-9.
- Dioptimumkan terma lebih sejuk dan senyap.
- Mempunyai papan kekunci putih bersaiz penuh.
Lenovo Legion Y545
- Saiz 15.6 inci komputer riba.
- Dilengkasi ciri pemproses Intel Core generasi ke-9.
- Rekaan grafik, memori dan storan terkini.
- Mempunyai papan kekunci merah bersaiz penuh.