Perubahan aliran trafik persimpangan Jalan Maharajalela

Iklan
Pelan menunjukkan perubahan aliran trafik di persimpangan Jalan Maharajalela atau Jalan Sultan Sulaiman berhampiran Bulatan Merdeka bermula 14 Disember ini.

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di persimpangan Jalan Maharajalela atau Jalan Sultan Sulaiman berhampiran Bulatan Merdeka akan mengalami perubahan bermula 14 Disember ini.

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Khairul Azmir Ahmad berkata, perubahan itu dilakukan bagi memberi keselesaan dan kelancaran trafik keluar masuk ke pusat bandar.

Iklan
Iklan

Menurutnya, aliran trafik dari Jalan Sultan Sulaiman akan dibenarkan membelok ke kiri sahaja dengan kawalan lampu isyarat.

"Kenderaan dari Jalan Sultan Sulaiman perlu menggunakan Bulatan Sultan Muhammad untuk menghala Jalan Petaling atau Jalan Loke Yew atau Jalan Cheras.

Iklan

"Aliran trafik dari Jalan Kuching dan Jalan Kinabalu menghala ke Jalan Loke Yew serta Jalan Cheras pula akan dijadikan laluan aliran bebas (free flow) tanpa kawalan lampu isyarat," katanya.

Katanya, perubahan tersebut berkuatkuasa jam 12.01 pagi pada 14 Disember ini.

Iklan