'Tiada rombakan besar'

Iklan
Program NFDP telah berjaya menghasilkan beberapa pemain muda berkualiti.

Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Saad Ichelene tidak berhasrat untuk melakukan perubahan besar, sebaliknya akan meneruskan struktur program sedia ada yang ternyata telah menunjukkan hasil positif.

Menurut Saad, beliau hanya akan memperbaiki beberapa perkara dalam program tersebut sambil memberitahu pengurusan terdahulu telah melaksanakan tugas dengan baik.

Iklan
Iklan

"Ideanya adalah bukan mahu merevolusikan NFDP tetapi meneruskan rentak struktur positif yang telah dibina beberapa tahun lalu dan dalam masa sama, cuba untuk memperbaiki apa yang boleh diperbaiki.

"Saya juga akan fikirkan apa strategi yang baik untuk semua pihak yang terlibat dalam program ini," katanya.

Iklan

Kelmarin, Jawatankuasa Pemandu NFDP telah bersetuju melantik Saad sebagai Pengarah Teknikal NFDP berkuat kuasa 1 Disember ini, sekali gus beliau akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas program NFDP dan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) yang sebelum ini diketuai oleh Lim Teong Kim.

Sebelum ini, Saad menjawat jawatan sebagai Ketua Pencarian Bakat dan Metadologi NFDP pada 2016 sehingga 2018 sebelum dilantik menjawat jawatan Pengarah Teknikal NFDP (Pembangunan Negeri) tahun ini.

Iklan
Saad Ichelene

Beliau memulakan kerjaya sebagai Ketua Jurulatih Akademi Bola Sepak Remaja Paris Saint Germain (PSG) pada 2012 hingga 2016 selepas menamatkan karier sebagai pemain profesional bersama beberapa kelab Eropah termasuk PSG, Nimes Olympique dan USM Alger.

Mengulas lanjut, Saad berkata, beliau tidak mahu NFDP menekankan misi utama untuk menjuarai kejohanan di peringkat usia muda memandangkan ia bukan tujuan utama program itu ditubuhkan.

"Misi utama bukan untuk menang kejohanan di peringkat usia muda yang mana tidak semua orang akan ingat kejayaan itu. Tetapi sudah tentu kita fokus untuk pembangunan pemain muda dan cuba untuk membentuk pemain berkualiti.

"Pemain -pemain muda ini sudah tentu bertujuan untuk diserapkan dalam pasukan liga di negara ini dan pasukan kebangsaan selain kita memasang impian agar mereka boleh bermain bersama pasukan hebat di seluruh dunia.

"Saya percaya kesemua ini telah dilakukan oleh semua pihak yang terlibat dalam NFDP sejak beberapa tahun lalu," katanya yang turut berjanji akan melakukan yang terbaik memandangkan Malaysia mempunyai potensi menjadi sebuah kuasa bola sepak dunia.