Usaha pancing pengundi wanita di Cameron Highlands

Iklan
Sitarunisah (duduk, lima kiri) bersama kepimpinan wanita PKR Pahang.

TEMERLOH - Pengundi wanita menjadi sasaran dan tumpuan jentera wanita PKR Pahang untuk meraih kemenangan dalam PRK Cameron Highlands.

Ketua Wanita PKR Pahang, Sitarunisah Ab Kadir berkata, pihaknya melihat pengundi wanita antara usaha untuk memenangi kerusi PRK terbabit.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pelbagai aktiviti dan strategi diatur untuk meraih kepercayaan pengundi wanita di kawasan Parlimen itu.

"Bagi PRK ini, kita jentera wanita akan turun secara berperingkat dan berpusat di Dun Jelai nanti untuk membantu kempen bakal calon DAP, M Manogaran.

Iklan

"Kita menaruh keyakinan dan optimis dengan peluang dimiliki, sekali gus dapat menawan Cameron Highlands," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat dan perjumpaan bersama Ketua-Ketua Wanita Cabang PKR negeri yang disertai 36 orang di N P Hall Taman Rimba, Mentakab di sini, semalam.

Iklan

Dalam pada itu, Sitarunisah menyifatkan ia satu tugasan berat namun PRK terbabit turut menjadi medan buat kepimpinan wanita yang baharu menonjolkan kemampuan mereka.

"Pimpinan kali ini adalah gandingan muka lama dan baharu serta tujuh Ahli Jawatankuasa dilantik untuk memantapkan kepimpinan negeri.

"Dalam mesyuarat ini juga, kita menzahirkan sokongan dan berdiri teguh di belakang Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden, Rafizi Ramli.

"Kita juga berdiri teguh dan menyokong penuh pelantikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang, sekali gus memastikan Pahang dapat ditawan pada PRU15," katanya.

Beliau yang baru dilantik menerajui kepimpinan wanita negeri bagi penggal 2018-2021 berkata, aspek ekonomi antara tumpuan utama mereka untuk meningkatkan taraf hidup wanita di negeri ini yang disifatkan masih ketinggalan dalam pelbagai sudut.

Sitarunisah sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Ketua Wanita PKR negeri dan juga bekas Ketua Wanita Cabang Kuantan, selain bertanding sebagai calon bagi kerusi Parlimen Rompin pada PRU14.