Barang kemas tinggalan sejarah RM4.1b dirompak

Iklan
Kabinet yang menempatkan barang kemas abad ke-18 (kiri) yang dipecahkan ketika kejadian rompakan di Green Vault semalam.

BERLIN - Pihak berkuasa sedang giat memburu suspek yang merompak salah satu koleksi paling berharga bernilai lebih AS$1 bilion (RM4.1 bilion) dalam kejadian rompakan 'paling berani' di Muzium Green Vault di timur Jerman semalam.

Perompak terbabit didakwa melarikan set barang kemas tinggalan sejarah yang masing-masing mengandungi 37 bahagian.

Iklan
Iklan

"Ia adalah objek sejarah yang nilainya tidak dapat diukur. Ia hampir seperti warisan budaya dunia. Tidak ada koleksi barang kemas seperti itu di tempat lain," kata Pengarah Muzium, Dirk Syndram.

Sementara itu, Pengarah Umum Muzium Negeri Dresden, Marion Ackermann berkata, barang kemas yang harganya tidak ternilai itu tidak boleh dijual di pasaran seni secara sebarangan kerana ia dikenali ramai.

Iklan

Siasatan awal polis mendapati dua perompak memecah masuk premis itu melalui tingkap sebelum melarikan barang kemas termasuk berlian, delima, zamrud dan batu nilam.

Difahamkan, Green Vault adalah salah sebuah daripada muzium tertua di Eropah diasaskan oleh pemerintah Saxony, August the Strong pada 1723. - Agensi

Iklan