PKR perlu mohon maaf kepada Zakaria

Iklan
Laporan berkaitan kenyataan Zakaria yang disiarkan di Sinar Harian hari ini.

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu berjiwa besar untuk memohon maaf kepada Zakaria Abdul Hamid berhubung keputusan pemecatan individu itu sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti.

Ketua Penerangan Wanita PKR, Syarul Ema Rena berkata, ketidakadilan kepada Zakaria perlu diberi pembelaan dan ruang sewajarnya untuk memperjelaskan kekusutan terhadap segala yang berlaku sebelum ini.

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Dipecat serta-merta: Zakaria tunggu surat rasmi PKR

[VIDEO] Rasuah: Dua ahli PKR Pahang dipecat serta-merta

Iklan

Beliau berkata, adalah amat tidak wajar lembaga disiplin parti membuat keputusan tanpa ada pembelaan dan malah tindakan tersebut tidak selari dengan amalan demokrasi seperti dilaungkan di dalam kalangan ahli dan pimpinan parti selama ini.

"Zakaria tidak pernah didakwa, tidak pernah ditangkap dan tidak terfikir bagaimana pula SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) boleh mencampuri urusan badan politik kerana ia tidak pernah menjadi kebiasaan badan itu berbuat demikian.

Iklan

"Apabila terdapat pihak memperakui kekhilafan mereka dan Zakaria telah pun dipecat oleh parti. Maka apakah tindakan seterusnya?," katanya.

Pada masa sama, Ketua Srikandi PKR, Nurainie Haziqah Shafii menggesa keputusan itu ditarik semula memandangkan ketidakadilan terhadap Zakaria perlu segera diperbetulkan agar nama baik parti tidak terus tercemar akibat keputusan dangkal itu.

"Srikandi ingin menegaskan bahawa asas prinsip perjuangan PKR adalah meletakkan sesuatu itu pada tempatnya dan ia perlu dijunjung oleh semua ahli parti terutamanya pemimpin utama parti ini.

"Kami kecewa dengan tindakan tidak mempunyai prinsip keadilan apatah lagi apabila keputusan ini dibuat tanpa melalui proses dan asas yang betul," katanya.