Umur 12 tahun jadi saintis data

Iklan
Siddharth Srivastav Pilli, 12, menjadi saintis data di sebuah syarikat perisian di Hyderabad, India. - Foto: ANI

HYDERABAD - Usia muda bukan penghalang buat seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dari India dilantik menjadi saintis data di sebuah syarikat perisian di Hyderabad.

Siddharth Srivastav Pilli, pelajar kelas 7 di Sekolah Sri Chaitanya dipilih bekerja di sebuah syarikat perisian bernama Montaigne Smart Business Solutions.

Iklan
Iklan

"Saya berusia 12 tahun dan bekerja sebagai saintis data di syarikat Montaigne Smart Business Solutions," kata kanak-kanak berkenaan kepada agensi berita ANI.

Inspirasi terbesarnya untuk menyertai syarikat perisian ialah Tanmay Bakshi yang mendapat pekerjaan di syarikat Google pada usia yang sangat muda dan memainkan peranan membantu dunia dalam memahami kecerdasan buatan (AI).

Iklan

Menurut pelajar terbabit, bapanya merupakan insan yang bertanggungjawab menjadikan siapa dirinya hari ini.

"Bapa saya banyak membantu dan saya amat berterima kasih kepadanya kerana memperkenalkan dan mengajar tentang pengekodan," kata Pilli. - Agensi

Iklan