TANGKAK - Seorang wanita dari Grisek memohon orang ramai menjejaki ibu kandung anak angkatnya, Norhayati Yusof yang berstatus bukan warganegara.
Zaharah Selamat, 52, berkata, Norhayati diminta tampil bagi membantu melengkapkan dokumen dan pengesahan anaknya, Nor Ain Abdullah, 16, yang ditinggalkan ketika remaja terbabit berusia 13 tahun.
"Pada awal November 2015 ketika berehat di rumah, saya didatangi seorang wanita yang tidak dikenali bersama seorang anak perempuan mengadu mengenai kesusahan dialaminya.
"Wanita itu memperkenalkan diri sebagai Norhayati dan bercerita mengenai kesusahan hidupnya berikutan tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan terpaksa menanggung anaknya (Nor Ain). Dia meminta izin untuk tinggal di rumah saya untuk sementara waktu sambil dia mencari pekerjaan. Tetapi selepas dua hari tinggal di rumah saya, dia menghilangkan diri dan tidak dapat dikesan sehingga kini,” katanya ketika ditemui.
Zaharah berkata, keluarganya terpaksa mengambil alih menjaga Nor Ain apabila ibu kandungnya tidak muncul sehingga kini.
"Selama Nor Ain berada di bawah jagaan kami, saya dan keluarga berusaha mengesan Norhayati di sekitar daerah ini dan kawasan lain berpandukan gambar yang ada dalam simpanan anaknya namun gagal.
"Saya memohon jasa baik dan kerjasama orang ramai yang mengenali Norhayati dapat membantu mengesannya bagi membolehkan proses mendapatkan taraf penduduk tetap Nor Ain dapat dilakukan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"Selain itu, pengakuan Norhayati sebagai ibu kandung diperlukan bagi mendapatkan persetujuan untuk proses pengambilan anak angkat sebagaimana diperlukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya sambil memaklumkan mahu mengambil Nor Ain sebagai anak angkat supaya masa depan dan kehidupan remaja itu lebih terjamin.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan wanita itu boleh menghubungi Zaharah di talian 011-108611465.