Buka akaun SSPN-i menang wang tunai RM15,151.15

Iklan
Yok Keong dan isterinya menunjukkan hadiah wang tunai yang dimenangi menerusi Cabutan 15 Tahun SSPN-i Siri 2.

KUALA LUMPUR - Tuah menyebelahi seorang bapa apabila memenangi wang tunai RM15,151.15 menerusi Cabutan 15 Tahun SSPN-i Siri 2 Sabtu lalu.

Koh Yok Keong, 50, berkata, dia baru membuka akaun SSPN-i untuk dua anaknya tiga bulan lalu atas syor isterinya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kesemua tiga anaknya berusia 12, 15 dan 17 tahun mempunyai simpanan sama sejak dua tahun lalu namun di bawah nama isterinya.

"Simpanan anak-anak diuruskan oleh isteri disebabkan SSPN-i boleh didaftarkan di bawah ibu bapa jadi isteri minta satu lagi akaun dibuka di bawah nama saya pula untuk tambah lagi simpanan.

Iklan

"Saya cadangkan orang ramai menyertai SSPN-i kerana selain menabung untuk pendidikan anak-anak, ada peluang menang cabutan hadiah dengan tawaran wang tunai yang lumayan.

"Dividennya juga tinggi iaitu empat peratus dan dapat pelepasan taksiran cukai. Simpanan ini boleh digunakan untuk anak-anak sambung belajar, tidak perlu lagi buat pinjaman," katanya.

Iklan

Sementara itu, pekerja swasta, Andy Sim Iling, 36, membawa pulang RM3,000 selepas memenangi Cabutan WOW! SSPN-i Plus.

Andy, isteri dan anaknya bersama replika cek RM3,000 yang dimenangi dalam Cabutan WOW! SSPN-i Plus.

Menurutnya, dia membuka akaun SSPN-i Plus buat anaknya, Adriell Alexxson tiga bulan lalu ketika usia anaknya itu baru tiga bulan.

"Saya peminjam PTPTN dan sampai sekarang masih membuat bayaran balik pinjaman. Jadi timbul kesedaran pentingnya anak mempunyai akaun simpanan pendidikan untuk masa depan dia.

"Kalau simpan dari sekarang, anak saya tidak perlu buat pinjaman dan tidak perlu bayar balik. Saya buat potongan gaji RM100 sebulan untuk simpanan anak," katanya.

Anggota polis Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, Munirah Hussin, 35, turut teruja membawa pulang RM3,000 selepas memenangi Cabutan WOW! SSPN-i Plus.

"Ramai kawan-kawan sudah mempunyai akaun simpanan SSPN, jadi apabila PTPTN datang ke pejabat September lalu terus saya ambil peluang buka akaun untuk anak saya yang sekarang usianya hampir tiga tahun.

"Saya buat potongan gaji RM30 sebulan. Tidak mengapa tabung sikit-sikit janji ada dan jika konsisten simpanan itu mampu membantunya apabila besar nanti," katanya.