Real Madrid pantau situasi Hazard

Iklan
Hazard terpaksa dipapah pegawai perubatan Real selepas mengalami kecederaan ketika menentang PSG awal pagi semalam.

JURULATIH Real Madrid, Zinedine Zidane mengakui bimbang dengan status kecederaan yang dialami Eden Hazard ketika mencatatkan keputusan seri 2-2 dengan Paris Saint-Germain (PSG) pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Pada aksi di Santiago Bernabeu itu, Hazard yang juga bekas bintang Chelsea dikeluarkan pada minit ke-70 selepas dikasari rakan sepasukannya dalam skuad kebangsaan Belgium, Thomas Meunier.

Iklan
Iklan

Hazard kemudiannya digantikan dengan Gareth Bale yang hampir memacu Real meraih kemenangan menerusi sepakan percuma yang cukup menarik, namun dinafikan palang gol pada penghujung perlawanan.

"Saya agak bimbang dengan kecederaan yang menimpa Eden. Dia terpaksa menahan kesakitan dan buat masa ini, kami masih menunggu laporan pihak doktor.

Iklan

"Kecederaan yang dialami pada bahagian buku lali tetapi diharapkan ia tidak terlalu serius. Mungkin kami dapat tahu perkembangan Eden dalam masa beberapa hari lagi

"Eden beraksi dengan cemerlang sepanjang perlawanan tetapi dia terpaksa dikeluarkan. Saya hanya berharap kecederaan itu tidak berpanjangan," kata Zidane.

Iklan

Beraksi di laman sendiri, Real seakan-akan hampir berjaya membawa pulang tiga mata berharga apabila Karim Benzema menyumbat dua gol masing-masing pada minit ke-17 dan 79.

Begitupun, impian The Galacticos berkecai apabila PSG memperoleh dua gol dalam tempoh tiga minit pada penghujung perlawanan menerusi Kylian Mbappe dan Pablo Sarabia.