Bayi Palestin cedera kena gas pemedih mata Israel

Iklan
Tentera Israel melakukan serbuan di pekan Hizma di timur Baitulmaqdis.

BAITULMAQDIS - Sebuah keluarga Palestin termasuk seorang bayi mengalami kecederaan dalam serangan gas pemedih mata oleh tentera Israel di timur Baitulmaqdis.

Sumber tempatan berkata, serangan berlaku di rumah keluarga terbabit di pekan Hizma pada malam Isnin.

Iklan
Iklan

Insiden itu tercetus selepas tentera rejim mengejar sekumpulan remaja yang memprotes pembunuhan Mohamed Kanaan di kawasan terbabit.

kesemua mangsa termasuk bayi berusia bawah setahun, dikejarkan ke klinik perubatan berhampiran untuk rawatan lanjut.

Iklan
Iklan

Difahamkan, tentera Israel melakukan serbuan secara kerap di Hizma dalam usaha memberi tekanan berterusan kepada penduduk Palestin. - Agensi