Lewandowski pahat sejarah Liga Juara-Juara

Iklan
Lewandowski memahat sejarah baharu kempen Liga Juara-Juara.

PENYERANG prolifik, Robert Lewandowski memahat sejarah baharu kempen Liga Juara-Juara apabila meledak empat gol dalam tempoh 15 minit ketika membantu Bayern Munich membelasah Red Star Belgrade 6-0 pada aksi Kumpulan B di Stadium Rajko Mitic, awal pagi tadi.

Lebih manis, empat jaringan terpantas di pentas berprestij Eropah itu menyaksikan Lewandowski kini muncul sebagai penjaring terbanyak Liga Juara-Juara dengan 10 gol selepas lima perlawanan peringkat kumpulan.

Iklan
Iklan

"Saya tidak menyangka dapat menjaringkan empat gol dalam tempoh yang singkat. Misi utama kami hanya mahu memburu kemenangan dan bukannya mencipta rekod sebegini.

"Paling utama kami beraksi dengan sangat afektif, baik ketika bertahan mahupun menyerang. Setiap pemain mengikut taktikal yang telah diatur jurulatih,” kata penyerang antarabangsa Poland berusia 31 tahun itu.

Iklan
Iklan

Kecemerlangan Lewandowski pada aksi di Belgrade itu seakan-akan mengimbas kembali lima gol yang direkodkannya dalam tempoh sembilan minit ketika Bayern meraih kemenangan 5-1 ke atas Wolfsburg dalam aksi Bundesliga pada September 2015.