Korea Selatan pecah rekod kadar kelahiran terendah di dunia

Iklan
Gambar hiasan

SEOUL - Rekod untuk kadar kesuburan terendah di dunia bakal dimiliki semula oleh Korea Selatan pada tahun ini.

Menurut pejabat statistik kebangsaan semalam, bilangan bayi yang dijangka bagi setiap wanita jatuh kepada 0.88 antara Julai dan September.

Iklan
Iklan

Ia adalah bacaan suku tahunan paling rendah dalam rekod di negara itu.

Bilangan bayi yang dilahirkan di Korea Selatan pada tahun ini sehingga September lalu jatuh 7.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu sekali gus memanjangkan lagi penurunan tahunan sebanyak 8.7 peratus dan 11.9 peratus pada tahun 2018 dan 2017.

Iklan
Iklan

Antara faktor yang menyumbang kepada situasi itu termasuk kenaikan harga rumah dan kestabilan pekerjaan yang semakin mengecil. - Agensi