Hafizh Syahrin uji jentera baharu di Valencia

Iklan
Hafizh Syahrin ketika menjalani sesi ujian pramusim 2020 pertama kelas Moto2 di Litar Ricardo Tormo di Valencia, Sepanyol, hari ini.- Foto: Ángel Nieto Team

BEKAS pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah selesai menjalani sesi ujian pramusim 2020 pertama dalam kelas pertengahan, Moto2 di Litar Ricardo Tormo di Valencia, Sepanyol, hari ini

Selepas dua musim dalam kategori MotoGP, pelumba kelahiran Ampang, Selangor itu kembali semula ke Moto2 musim depan bersama pasukan baharu, Angel Nieto Team.

Iklan
Iklan

Menunggang enjin Triumph dan casis Speed Up buat pertama kali, pelumba berusia 25 tahun itu melengkapkan sesi ujian dengan 120 pusingan dalam tempoh dua hari sesi berkenaan.

Rakan sepasukan, Aron Canet, yang melakukan penampilan sulung pada Moto2, turut melakukan 128 pusingan pada sesi ujian tersebut.

Iklan

'Sesi ujian adalah positif dan menumpukan kepada gaya tunggangan pada hari kedua dan sedang melakukan penambahbaikan.

"Saya mula menyesuaikan diri dengan jentera dan gembira kerana tidak jauh daripada pelumba terpantas yang lain,” kata Hafizh Syahrin dalam kenyataan pasukan itu di laman web https://www.angelnietoteam.com.

Iklan

Sesi ujian kedua pramusim akan berlangsung Litar​​​​​​​Jerez-Angel Nieto di Sepanyol, Februari depan. - Bernama