MOSCOW - Sebuah ladang ternakan di Rusia memakaikan lembu tenusu set kepala realiti maya (VR) untuk mengurangkan stres dan kebimbangan haiwan itu.
Sistem VR tersebut disesuaikan mengikut ciri struktur kepala lembu dan memaparkan program simulasi padang musim panas yang unik.
Iklan
Iklan
Kementerian Pertanian dan Makanan Moscow memetik kajian menunjukkan kaitan antara pengalaman emosi lembu dan susu dihasilkannya.
Ujian awal menunjukkan sistem VR itu berjaya meningkatkan emosi keseluruhan lembu tersebut.
"Eksperimen itu dilakukan di ladang RusMoloko di daerah Ramensky di ibu negara. Contoh-contoh ladang tenusu dari negara berbeza dengan paparan suasana yang tenang menyebabkan peningkatan ketara kualiti dan kuantiti susu dihasilkan," jelas kenyataan itu lagi.
Susulan itu, penyelidik kini akan mengkaji kesan program tersebut dalam kajian jangka panjang.
Pemaju dilaporkan berharap untuk memperluaskan projek itu jika ia terus memberikan keputusan positif. - Agensi