Meskipun tidak mempunyai latar belakang dalam mereka bentuk, mencipta mahupun menjahit produk, namun perniagaan yang dikendalikannya kini diinspirasikan daripada pengalaman sendiri yang gemar mengembara.
Tambahan pula, kesukaran dirinya mendapatkan beg-beg berkualiti berserta fungsinya yang mesra pengguna menjadi faktor kepada Pengasas Greenroom One Three Six Enterprise, Patrick Lim, mencipta prototaip beg sendiri sebelum memulakan perusahaannya.
Dengan prototaip pertama beg komputer riba, JunkMonkey, Greenroom136 mengorak langkah permulaan perniagaan.
"Ini kerana, sebelum ini saya susah nak dapatkan beg yang mesra pengguna selain betul-betul sesuai dengan kehendak saya.
"Disebabkan itulah mendorong penglibatan saya untuk mencipta prototaip beg sendiri. Ketika itu memang saya akui tidak pandai menjahit. Jadi saya berfikir, sejauh mana keberhasilan produk jika saya tidak mempunyai apa-apa kepakaran.
"Kemudian, saya belajar menjahit dan mencipta prototaip beg. Disebabkan mahu hasilkan sebuah beg sahaja, ramai tukang jahit enggan menerima tempahan saya.
"Jadinya, agak payah juga. Tapi saya tidak cepat putus asa dan cuba juga menjahit beg sebelum menjumpai tukang jahit yang boleh bantu ikut kepada prototaip beg yang saya cipta dan reka bentuk,” katanya.
Tambahnya, bagi menghasilkan beg yang berkualiti, dia akui perlu mendapatkan material berkualiti. Maka, disebabkan itu dia menggunakan material diperbuat daripada bahan tahan lama.
"Setelah mendapat momentum dalam urusan perniagaan, Greenroom136 mulai menjalankan perniagaan secara atas talian,” katanya.
"Masalah utama yang sering dihadapi adalah dari segi penghantaran barangan. Sampaikan kami tidak tahu sama ada beg yang dihantar menerusi tempahan pelanggan itu, diterima atau tidak.
"Perkara itu amat beri tekanan kepada kami sekali gus mengundang kepada kemerosotan jualan dan syarikat berdepan masalah kewangan kerana kami terpaksa ganti balik pembelian yang dibuat pelanggan,” katanya.
Disebabkan itu katanya, pihaknya sedar perlu menstabilkan dan memperbaiki perkhidmatan dalam usaha mengembangkan perniagaan.
Katanya, atas sebab itu, dia menyedari betapa pentingnya menjalinkan kerjasama dengan penyedia khidmat penghantaran ekspres, bagi menerokai pasaran global.
"Syarikat mulai meneroka perkongsian dengan DHL Express pada 2017. Waktu itu saya tidak pernah terfikir akan bekerjasama dengan DHL Express kerana beranggapan syarikat itu hanya sesuai untuk perusahaan besar yang mempunyai penghantaran antarabangsa dan bukannya PKS tempatan seperti syarikat saya ini.
"Bagaimanapun, saya terkejut apabila mengetahui bahawa DHL Express sentiasa bekerjasama dengan PKS tempatan tanpa mengira sama ada mereka sudah separuh berjaya atau hanya bermula,” katanya.
Katanya, syarikat kini mempunyai rakan pakar yang bekerja dengan syarikatnya untuk mencapai matlamat perniagaan dengan menjaga operasi logistik.
"Kami sentiasa boleh menghubungi mereka untuk dapatkan nasihat jika kami meneroka penghantaran ke pasaran baharu atau mempunyai soalan berkaitan cukai dan peraturan.
"Selain perkhidmatan penghantaran yang boleh dipercayai, komitmen mereka untuk membantu Greenroom136 berkembang di peringkat antarabangsa sangat tidak ternilai,” katanya.
Menurut Patrick, daripada 40 peratus, kini syarikat telah mencapai pesanan sehingga 80 peratus.
"Dengan penghantaran premium daripada DHL Express, pelanggan antarabangsa kami berasa lebih yakin dengan jenama Greenroom136 secara keseluruhannya.
"Sebelum syarikat menjalin kerjasama penghantaran dengan DHL Express, pelanggan antarabangsa kami berdepan kebimbangan dan syarikat juga hadapi kelewatan dalam penghantaran. Tapi setekah syarikat jalin kerjasama dengan DHL Express segalanya bertambah baik,” katanya.
Tambahnya, Greenroom136 kini fokus luaskan perniagaan di luar e-dagang dengan membuka kedai kerana yakin boleh mencapai titik sentuh tambahan dengan pelanggan.
Tambahan pula, kesukaran dirinya mendapatkan beg-beg berkualiti berserta fungsinya yang mesra pengguna menjadi faktor kepada Pengasas Greenroom One Three Six Enterprise, Patrick Lim, mencipta prototaip beg sendiri sebelum memulakan perusahaannya.
Dengan prototaip pertama beg komputer riba, JunkMonkey, Greenroom136 mengorak langkah permulaan perniagaan.
Bermula dari bawah
Menurut Patrick, dia mengasaskan Greenroom136 pada 2011 dengan satu hasrat iaitu menghasilkan beg yang benar-benar berkualiti."Ini kerana, sebelum ini saya susah nak dapatkan beg yang mesra pengguna selain betul-betul sesuai dengan kehendak saya.
"Disebabkan itulah mendorong penglibatan saya untuk mencipta prototaip beg sendiri. Ketika itu memang saya akui tidak pandai menjahit. Jadi saya berfikir, sejauh mana keberhasilan produk jika saya tidak mempunyai apa-apa kepakaran.
"Kemudian, saya belajar menjahit dan mencipta prototaip beg. Disebabkan mahu hasilkan sebuah beg sahaja, ramai tukang jahit enggan menerima tempahan saya.
"Jadinya, agak payah juga. Tapi saya tidak cepat putus asa dan cuba juga menjahit beg sebelum menjumpai tukang jahit yang boleh bantu ikut kepada prototaip beg yang saya cipta dan reka bentuk,” katanya.
Tambahnya, bagi menghasilkan beg yang berkualiti, dia akui perlu mendapatkan material berkualiti. Maka, disebabkan itu dia menggunakan material diperbuat daripada bahan tahan lama.
"Setelah mendapat momentum dalam urusan perniagaan, Greenroom136 mulai menjalankan perniagaan secara atas talian,” katanya.
Hadapi pelbagai cabaran penghantaran
Patrick berkata, dalam enam tahun pertama perniagaan, syarikat selalu hadapi masalah logistik menyebabkan jualan tidak dapat dipertingkatkan."Masalah utama yang sering dihadapi adalah dari segi penghantaran barangan. Sampaikan kami tidak tahu sama ada beg yang dihantar menerusi tempahan pelanggan itu, diterima atau tidak.
"Perkara itu amat beri tekanan kepada kami sekali gus mengundang kepada kemerosotan jualan dan syarikat berdepan masalah kewangan kerana kami terpaksa ganti balik pembelian yang dibuat pelanggan,” katanya.
Disebabkan itu katanya, pihaknya sedar perlu menstabilkan dan memperbaiki perkhidmatan dalam usaha mengembangkan perniagaan.
Meneroka perkongsian dengan DHL Express
Kata Patrick, dia kemudian memikirkan kaedah dan cara lain bagi membolehkan produknya berkembang meskipun sebelum ini berdepan pelbagai cabaran.Katanya, atas sebab itu, dia menyedari betapa pentingnya menjalinkan kerjasama dengan penyedia khidmat penghantaran ekspres, bagi menerokai pasaran global.
"Syarikat mulai meneroka perkongsian dengan DHL Express pada 2017. Waktu itu saya tidak pernah terfikir akan bekerjasama dengan DHL Express kerana beranggapan syarikat itu hanya sesuai untuk perusahaan besar yang mempunyai penghantaran antarabangsa dan bukannya PKS tempatan seperti syarikat saya ini.
"Bagaimanapun, saya terkejut apabila mengetahui bahawa DHL Express sentiasa bekerjasama dengan PKS tempatan tanpa mengira sama ada mereka sudah separuh berjaya atau hanya bermula,” katanya.
Katanya, syarikat kini mempunyai rakan pakar yang bekerja dengan syarikatnya untuk mencapai matlamat perniagaan dengan menjaga operasi logistik.
"Kami sentiasa boleh menghubungi mereka untuk dapatkan nasihat jika kami meneroka penghantaran ke pasaran baharu atau mempunyai soalan berkaitan cukai dan peraturan.
"Selain perkhidmatan penghantaran yang boleh dipercayai, komitmen mereka untuk membantu Greenroom136 berkembang di peringkat antarabangsa sangat tidak ternilai,” katanya.
Peningkatan pesanan dari luar negara
Hasil kerjasama dengan DHL Express, bilangan pesanan luar negara, Greenroom136 meningkat sehingga dua kali ganda dalam tempoh setahun.Menurut Patrick, daripada 40 peratus, kini syarikat telah mencapai pesanan sehingga 80 peratus.