Fokus perlawanan menuju temasya Piala Dunia

Iklan
Skuad Harimau Malaya memberikan aksi yang amat luar biasa dalam perlawanan menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. - Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI

SKUAD bola sepak kebangsaan kini dalam momentum kemenangan. Selepas mencipta kemenangan pada perlawanan menentang Thailand dan Indonesia, kini Harimau Malaya sedang membuat persiapan menghadapi tiga lagi baki perlawanan dalam Kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Malaysia dijadualkan berdepan UAE di Dubai pada 26 Mac 2020, Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Mac 2020, sebelum menamatkan aksi pusingan kelayakan menentang Thailand pada 9 Jun 2020 di tempat lawan.

Iklan
Iklan

Kemenangan ke atas Indonesia dan dibantu kegagalan Thailand mengutip mata penuh menentang pendahulu Vietnam menyaksikan Harimau Malaya melonjak ke tangga kedua Kumpulan G dengan sembilan mata. Vietnam masih berada di puncak kumpulan.

Memontum ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya skuad negara kendalian Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe dalam menyempurnakan misi besar itu.

Iklan

Sejarah pernah membuktikan Malaysia pernah mencipta nama di persada bola sepak antarabangsa suatu ketika dahulu. Bukan misi mutahil untuk pasukan bola sepak kebangsaan menunaikan impian rakyat Malaysia untuk beraksi di pentas Piala Dunia.

Hanya lapan juara kumpulan dan empat naib juara terbaik sahaja akan layak secara automatik ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 dan secara automatik ke Piala Asia 2023.

Iklan

Empat lagi pasukan naib juara serta lapan pasukan tangga ketiga akan beraksi di pusingan ketiga kelayakan Piala Asia.

Malaysia kali terakhir layak automatik ke Piala Asia pada edisi 1980 di Kuwait. Namun begitu, perjalanan untuk ke puncak bukanlah semudah yang disangka. Silap langkah, pasti tersungkur di tengah jalan.

Oleh yang demikian, pemain perlu dipersiapkan dari sekarang dengan kekuatan mental dan fizikal. Mereka perlu fokus kepada baki tiga perlawanan.

Baik barisan kejurulatihan mahupun pemain tidak boleh melakukan kesilapan. Komitmen penuh dituntut daripada semua pemain untuk mencipta kemenangan.

Rakyat Malaysia akan terus memberikan sokongan yang padu dan jitu terhadap Harimau Malaya, dan sokongan itu tidak pernah berbelah bahagi. Selamat maju jaya Harimau Malaya!