Transaksi tanpa tunai Mula

Iklan
KOLABORATIF Touch ‘n Go eWallet memperkasakan pilihan pembayaran tanpa tunai buat pengguna Mula.

BUKAN sahaja menerima dua kod promo bernilai RM4, pengguna baharu aplikasi Mula yang menggunakan kaedah pembayaran Touch ‘n Go eWallet akan diberi tambahan RM4 lagi untuk penjimatan perjalanan mereka.

Aplikasi e-hailing yang dikatakan menyamai perkhidmatan Grab itu menawarkan kadar tambang lebih berbaloi mengikut anggaran jarak masa perjalanan.

Iklan
Iklan

Lebih menarik, kolaboratif Mula bersama Touch ‘n Go eWallet membolehkan pengguna membuat pembayaran tanpa tunai dengan lebih mudah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Ignatius Ong, pendekatan urus niaga tanpa tunai kini kian berkembang.

Iklan

"Touch ‘n Go eWallet berusaha mempelbagaikan kaedah bagi memenuhi keperluan pengguna dan industri selain menyokong start up, usahawan dan syarikat tempatan ke arah ekonomi lebih kukuh.

"Kerjasama dengan Mula dilihat mempercepatkan perjalanan transformasi ini,” katanya.

Iklan

Sementara itu, Pengarah Urusan Mula, Goh Kok Peow berkata, pihaknya sentiasa berusaha meningkatkan standard perjalanan dan prestasi pemandu seiring kemajuan ekosistem e-hailing.

"Melalui jalinan kolaboratif itu, kami percaya pelanggan akan menikmati kemudahan di hujung jari sahaja dan diberi pilihan untuk transaksi lebih selamat dan terjamin,” katanya.

Kerjasama strategik itu turut menawarkan pilihan alternatif pembayaran lebih mudah dan selamat melalui perkhidmatan Mula yang menyediakan lebih 10,000 pemandu termasuk wanita.

Maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/touchngoewallet/ atau https://www.facebook.com/Mula2u/.

SEJAK tahun 2015, Mula mengembangkan lagi tawaran:

Mula Pink
  • Membolehkan penumpang wanita diberi pilihan untuk memilih pemandu sesama gender. Ciri unik tersebut bertujuan memberi keselesaan dan keselamatan penumpang selain mewujud peluang pekerjaan kepada golongan wanita.

Butang kecemasan

  • Demi mengutamakan keselamatan pengguna, ciri terbabit diperkenalkan untuk bantuan kecemasan jika berlaku insiden tidak diingini. Mula juga bekerjasama dengan pembekal perkhidmatan pakar dalam pencegahan jenayah SOS yang beroperasi seluruh negara.

Fungsi pra tempahan Mula

  • Membolehkan penumpang menempah seawal 30 hari dari tarikh yang dijanjikan. Ciri menarik itu bertujuan untuk memastikan tempahan lebih terjamin terutamanya pada waktu puncak.