Ajal ketika lintas jalan

Iklan
Warga emas maut di tempat kejadian. - Foto ihsan pembaca

SEREMBAN - Seorang wanita warga emas maut dilanggar sebuah motosikal ketika sedang melintas jalan di Jalan Yam Tuan di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu melibatkan mangsa yang berusia 77 tahun.

Iklan
Iklan

"Ketika kejadian sebuah motosikal ditunggang lelaki berusia 66 tahun yang dalam perjalanan dari arah Jalan Kapitan Tam Yeong menuju ke Jalan Yam Tuan.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, penunggang motosikal terbabit tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa yang sedang melintas jalan dari arah kiri bahu jalan menuju ke arah kanan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Menurutnya, kemalangan itu mengakibatkan mangsa cedera parah pada kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Penunggang motosikal pula cedera parah di kepala dan tangan telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar.

Iklan

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.