Lelaki di Indonesia cipta helikopter elak kesesakan

Iklan
Junaedi (kanan) membina helikopter ciptaannya di halaman belakang rumahnya. - Foto AFP

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia membuat keputusan untuk membina helikopternya sendiri kerana tidak tahan dengan kesesakan lalu lintas yang teruk di negara itu.

Jujun Junaedi, 42, dari Sukabumi, Jawa Barat menghabiskan masa luangnya di kawasan belakang rumah untuk merealisasikan ideanya berpandukan video pembelajaran.

Iklan
Iklan

"Ia sangat mengecewakan. Anda kehabisan petrol dan membuang masa. Akhirnya anda tidak tahu hendak ke mana," katanya menceritakan tentang kesesakan di selatan ibu negara Jakarta yang boleh mencapai sehingga 110 kilometer.

Sejak memulakan pembinaan helikopter 18 bulan lalu, Junaedi telah membelanjakan kira-kira AS$2,100 (RM8,763) untuk membeli komponen dan barangan terpakai dari kedai membaiki kereta.

Iklan

Turut membantunya membina helikopter setinggi 8 meter itu adalah anak lelakinya dan beberapa orang jiran.

Junaedi menggunakan bahan terpakai untuk membina helikopter sendiri. - Foto AFP

"Asalkan ia boleh terbang, saya sudah cukup puas hati," kata Junaedi.

Iklan

Junaedi bukanlah orang pertama yang cuba membina sebuah pesawat kerana dua tahun lalu seorang lelaki dari Afrika Selatan menggunakan kepingan besi dan sekerap untuk menghasilkan sebuah replika helikopter polis.

Usaha seorang petani dari China juga menjadi tajuk utama pada 2016 selepas dia menghabiskan masa selama tiga tahun untuk membina helikopter sendiri namun gagal. - AFP