SYARIKAT Bumiputera yang mengeluarkan produk pencuci berjenama Top5, SR Asia Resources Sdn Bhd (SR Asia) menjangkakan peningkatan pengeluaran rangkaian produknya meningkat 70 peratus menjelang 2020 berbanding hanya 50,000 unit sebulan pada ketika ini.
Pengarahnya, Mohd Syukri Ibhrim berkata, peningkatan tersebut didorong pemindahan operasi pengeluaran produk Top5 dari Puncak Alam ke kilang baharu terletak di Ijok, Selangor.
Menurutnya, SR Asia melabur kira-kira RM25 juta untuk membina kilang itu yang dilengkapi mesin automatik bagi membantu penambahan pengeluaran produk Top5 berbanding sebelum ini yang dilakukan secara manual.
"Kami menjangkakan kilang baharu ini siap pada 2020. Setakat ini progres projek pembinaan baharu yang dijalankan itu telah mencapai 15 peratus iaitu melibatkan kerja-kerja meratakan tanah.
"Ia juga dijangka akan memenuhi permintaan tempatan dan Asia Tenggara. Produk tiga-dalam-satu yang berfungsi sebagai pencuci, pelembut dan pewangi ini mendapat sambutan menggalakkan kerana menggunakan bahan-bahan diimport dari Itali, Korea, Perancis, Taiwan dan Singapura,” katanya pada Majlis Ulang Tahun Top5 Detergent keempat serta majlis penyampaian sumbangan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu Ampang dan Madrasah Tahfiz Ar-Ruqaiyyah.
Mohd Syukri berkata, pada 2019, SR Asia akan memfokuskan kepada pemasaran produk dalam pasaran tempatan dengan menambahkan bilangan stokis kepada 50 orang.
"Setakat ini, kami mempunyai 35 stokis dan optimis sasaran ini mampu dicapai dengan adanya kerjasama SR Asia bersama Agrobank menerusi program stokis, ia memberikan peluang kepada orang ramai menjadi usahawan,” katanya.
Tambahnya, melalui kerjasama itu, orang ramai boleh merebut peluang mendapatkan pinjaman serendah RM1,000 sehingga RM50,000 untuk menjadi stokis Top5.
Tambahnya, Top5 mempunyai permintaan daripada orang perseorangan, pengusaha kedai dobi, pemain industri pembersihan produk dan penjagaan kereta.
Top5 mendapat permintaan tinggi seperti Pink Amira, Ultra White, Aplle Mystery, Lemon Blossom yang bersaiz empat kilogram (kg) berharga RM23, 10kg berharga RM30 dan 25kg berharga RM55.