Usah tangguh rawatan kanser

Iklan
KEMPEN Kesedaran Kanser Payudara bersama Yakult di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Ahli keluarga, bekas pesakit kongsi pengalaman diperoleh dalam kempen

JANGAN takut dan bertangguh untuk mendapatkan rawatan. Itu pesanan penting dikongsikan ahli keluarga dan bekas pesakit kanser payudara tentang penyakit antara yang digeruni itu.

Pengalaman menjaga isteri yang menghidap barah payudara empat tahun lalu menjadi iktibar buat Che Nafiah Man, 53, dari Kg Serada, Kuala Terengganu tentang hakikat kenyataan itu.

Iklan
Iklan

"Antara sebab saya hendak menggiatkan diri sebagai sukarelawan juga adalah supaya dapat memberi kesedaran berkaitan kepada orang lain. Dulu pun saya ada pengalaman arwah isteri takut ke hospital.

"Dari situ saya sedar bahawa mendapat maklumat yang paling tepat itu penting," kata Che Nafiah juga salah seorang peserta Kempen Kesedaran Kanser Payudara: Sehari bersama Yakult, di Kuala Terengganu, Terengganu baru-baru ini kepada Sihat:Aktif.

Che Nafiah berkongsi tentang arwah isterinya yang sebelum itu sudah menghidap penyakit kanser payudara tahap tiga dan berulang alik ke hospital dalam tempoh lima bulan, namun tidak sempat membuat pembedahan.

Iklan
CHE Nafiah bersama arwah isteri (kanan) dan tiga anak tersayang.


Dalam pada itu, beliau berharap supaya kempen berkaitan kanser yang banyak dianjurkan di Lembah Klang turut disebar luaskan secara menyeluruh di tiap negeri.

"Saya mendapat maklumat bahawa risiko wanita terkena kanser payudara sangat tinggi iaitu boleh terjadi kepada seorang daripada 18 orang wanita.

"Oleh itu, mungkin juga kempen kesihatan terutama berkaitan penyakit kanser boleh diperbanyakkan dan dimulakan di sekolah dan institut pengajian tinggi terutama di bawah kementerian pendidikan," cadang bapa kepada tiga anak itu.

Sokongan keluarga

Iklan

Membuktikan rawatan awal mampu membantu penyembuhan, seorang lagi peserta kempen yang serupa diadakan oleh pihak Yakult kali ini di Kedah, juga melontarkan pandangan selari dengan Che Nafiah.

Suri rumah, Hartini Hamid juga bekas pesakit kanser payudara berusia 35 tahun bersyukur sudah disahkan bebas penyakit itu sejak lapan tahun lalu turut menasihati supaya segera mendapatkan rawatan.

"Kalau ada ketulan mencurigakan terus berjumpa doktor, jangan dibiarkan. Saya faham kerana saya juga pada peringkat awal berasa tidak perlu kerana ketulan ketika itu tidak sakit.

"Tetapi kerana hendakkan kepastian, saya tetap pergi ke hospital. Mujurlah masa itu kanser saya baru di tahap dua. Selepas menjalani kemoterapi dan radioterapi, alhamdulillah penyakit itu berjaya diubati," kata ibu kepada tiga cahaya mata tersebut.

Nasihat Hartini kepada mereka yang masih bertarung nyawa pula supaya tidak terlalu susah hati sehingga stres yang boleh menjadi menyebabkan kanser cepat merebak.

Menurutnya, kini terdapat banyak pihak menganjurkan kempen kesedaran penyakit kanser payudara termasuklah Yakult. Justeru beliau berharap mereka yang masih ragu-ragu dapat memanfaatkannya untuk mendapat maklumat tepat.

"Saya juga tertarik dengan perkongsian Yakult iaitu minuman hasil implikasi bakteria Shirota strain yang berkait dengan meningkatkan imun semula jadi tubuh dan pengurangan risiko kanser payudara.

"Saya memang minum Yakult sekurang-kurangnya sebotol pada setiap hari," katanya lagi.

Terdahulu Kempen Kesedaran Kanser: Sehari bersama Yakult diadakan di Kedah Medical Centre (KMC) pada 21 Oktober 2019 dan di Kuala Terengganu Specialist Hospital pada 7 November lalu.

Tip dikongsikan Che Nafiah dan Hartini dalam membantu pesakit kanser yang masih takut dan lewat mendapatkan rawatan:

1 Tidak kira berdepan kanser atau penyakit apapun, orang terdekat seperti pasangan, anak-anak dan ahli keluargalah yang perlu memberikan semangat serta sokongan padu kepada pesakit.

2 Gunakan bantuan orang tengah yang pernah berdepan pengalaman penyakit kanser supaya dapat berkongsi maklumat yang tepat dan betul.

3 Cuba mengurangkan rasa stres pesakit kerana ia boleh menjadi 'baja' kepada kanser.

4 Jangan mencari bomoh. Boleh mendapatkan maklumat dan pemeriksaan di klinik-klinik kesihatan yang ada di setiap daerah.

5 Orang sekeliling juga boleh membantu memujuk supaya mendapatkan rawatan.

KEMPGejala kanser payudara:

Tanda paling biasa ialah ketulan atau bengkakkan. Ketulan yang tidak sakit, keras dan tidak sekata berkemungkinan besar kanser.

Ada juga ketulan kanser yang sakit, lembut dan berbentuk bulat. Oleh itu sangat penting berjumpa segera doktor apabila ada pembengkakan atau ketulan di payudara.

Sumber: http://www.myhealth.gov.my/