SHAH ALAM - Waktu solat Subuh bagi seluruh kawasan negeri Selangor berubah dengan tambahan masa selama lapan minit dari waktu semasa.
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam satu kenyataan berkata, perubahan itu dibuat hasil kajian kecerahan langit waktu Subuh yang dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama penyelidik Universiti Malaya (UM).