HubMethod makin diyakini

Iklan
Azman dan Anuar Zain (tengah,berdiri) bersama usahawan Hub Method.

Sistem pemasaran mudah dan efektif yang bantu ramai usahawan

Penyedia sistem pemasaran produk secara lebih mudah dan efektif, HubMethod menjangkakan penambahan 10,000 ejen aktif pada 2019 dengan jumlah jualan yang diunjurkan adalah RM5 juta sebulan.

Pengasasnya, Azman Omar berkata, penambahan itu didorong keyakinan usahawan untuk bersama-sama HubMethod yang menggunakan cara pemasaran produk melalui platform atas talian (online) dan fizikal yang kini mempunyai 1,000 ahli berdaftar yang aktif dari seluruh negara.

Menurutnya, sasaran tersebut mampu dicapai kerana keyakinan orang ramai, usahawan dan bakal usahawan terhadap HubMethod yang membantu mereka menjana pendapatan lima angka sebulan.

"Hub Method bertujuan membantu orang ramai untuk memasarkan produk terdiri daripada pelbagai kategori. Setakat ini, HubMethod mempunyai 11 produk terdiri daripada produk kesihatan, pakaian dan kecantikan.

"Kami menjangkakan penambahan sebanyak 20 produk menjelang akhir tahun ini melibatkan pelbagai kategori. HubMethod juga juga mendapat sambutan yang memberangsangkan dalam kalangan usahawan berjaya dan artis antaranya Anuar Zain," katanya.

Azman berkata, HubMethod mementingkan kualiti produk dan mempunyai standardnya yang tersendiri sebelum bekerjasama dengan usahawan yang mahu memasarkan produk melalui sistem pemasaran yang disediakan.

"Ia bertujuan untuk memastikan produk yang berada dalam platform ini berkualiti dan lokal. Sistem ini menjadi pilihan kerana membantu usahawan dalam pemasaran produk mereka dengan menawarkan harga yang berpatutan.

"Ia membantu mereka dalam membuat pesanan, menjejak pesanan, laporan bonus, jualan, pesanan dan beberapa aspek yang memberikan kemudahan kepada mereka dalam sistem jualan produk usahawan HubMethod," katanya.

Beliau berkata, HubMethod akan meluaskan pasarannya ke Singapura dan Brunei pada 2019.