SHAH ALAM - Fenomena edisi terhad Hello Kitty Carrier dari restoran makanan segera McDonald's kini menjadi bualan hangat di laman sosial apabila tidak sampai sehari ia dikatakan habis dijual di cawangan utama restoran berkenaan sekitar Lembah Klang.
Hello Kitty Carrier telah dilancarkan di Singapura pada 14 November yang lalu dan habis terjual dalam masa sehari.
Ia juga menjadi fenomena di negara ini apabila perkongsian netizen di media sosial bahawa ada yang sanggup beratur seawal jam 7 pagi untuk tidak melepaskan peluang memiliki set khas daripada McDonald's itu yang dijual semalam.
Bagaimanapun seperti biasa, ada individu yang mengambil peluang untuk membeli lebih daripada satu set untuk dijual semula pada harga yang lebih tinggi.
Tinjauan di beberapa platform e-dagang Hello Kitty Carrier mendapati harga jualan semula yang normal anggaran sekitar RM39.90 hingga RM69.90.
Namun ada yang lebih mengejutkan, harga setinggi RM3,000 dijual untuk satu unit!
Macam tidak percaya namun itulah hakikatnya dengan harga setinggi itu ada atau tidak individu mahu membeli dan mendapatkan edisi terhad Hello Kitty dari McDonald’s itu.
@Aqief Ara,"Beratur dua kali demi dua orang anak saudara tersayang."
Kata Bella Kamelia,"Bangga dengan diri sendiri sebab tak terjebak benda macam ni. Saya memang minat gila Hello Kitty tapi membazir amalan syaitan. RM60 tu boleh buat makan satu keluarga sampai dapat gaji. Lagi kenyang."