SHANGHAI - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam menandatangani Rang Undang-Undang (RUU) menyokong penunjuk perasaan di Hong Kong dan mengancam China dengan kemungkinan sekatan terhadap hak asasi manusia.
Keputusan Trump mendorong Kementerian Luar China memberi amaran untuk mengambil tindakan tegas.
Protes besar-besaran untuk menuntut demokrasi dan autonomi telah menggegarkan wilayah itu dengan lebih 5,800 orang ditahan sejak Jun lalu.
Hak Asasi Manusia Hong Kong dan Akta Demokrasi yang diluluskan Senat dan Dewan minggu lalu, meletakkan Hong Kong di bawah undang-undang AS dan di bawah pengawasan ketat yang berkaitan dengan wilayah autonomi dari Beijing.
RUU kedua yang juga ditandatangani Trump melarang eksport senjata kepada polis Hong Kong antaranya gas pemedih mata, semburan lada, peluru getah dan senjata api.
Apa selepas ini?
Britain mengembalikan Hong Kong kepada China pada tahun 1997 dan wilayah itu dijanjikan hak autonomi sejak 50 tahun lalu.
Antara pemacu utama protes di wilayah tersebut adalah persepsi meluas bahawa Beijing telah menceroboh autonomi yang dijanjikan.
Hak Asasi Manusia Hong Kong dan Akta Demokrasi yang ditandatangani Presiden AS mengkehendaki Jabatan Negara mengesahkan sekurang-kurangnya sekali setahun bahawa Hong Kong telah mengekalkan autonomi mencukupi untuk mewajarkan keperluan perdagangan AS yang lebih positif yang membantu ia meneruskan kedudukannya sebagai pusat kewangan dunia.
Pegawai yang bertanggungjawab terhadap pelanggaran hak asasi manusia di Hong Kong boleh dikenakan sekatan termasuk pengharaman visa dan pembekuan aset.
Meskipun ramai melihat undang-undang itu sebagai simbolik, mereka mempunyai potensi untuk menjana hubungan antara Washington dan Hong Kong.
Perjanjian Beijing untuk memberikan hak autonomi kepada Hong Kong telah membentuk asas status khas wilayah terbabit di bawah undang-undang AS.